Monday 5 November 2012

Road Tour Batu Pahat Mall,Dataran Pahlawan Melaka & Plaza Angsana Johor

Salam dan hye semua!!!

Admin baru berkesempatan nak update blog hari ni pasal Road Tour 2 November - 4 November kt Johor dengan Melaka hari tu la..sorry lambat ya!

Jelajah Road Tour Sepah The Movie kita bermula kat Batu Pahat Mall,Johor pada 2 November 2012 pada pukul 3pm-5pm. Mamat,Shuib dan Jep of coz la ada kan,nama pun Sepah The Movie.. Selain dorang ada heroin Sepah The Movie, Anzalna Nasir..Shahrol dari kumpulan Shiro pun ada gak.. Meriah jugak la kat BP Mall tu sebab crowd yang dtg pun sporting2.. Ada aktiviti2 mcm contest-contest dari artis untuk peminat yg datang. Yang bertuah tu ada yang dapat t-shirt Sepah The Movie tu.... Best kan?? Kita tengok dulu gambar-gambar kt BP Mall ni!!
Shuib,Anzalna dan Jep di RnR Senawang sebelum ke Johor

Sampai terduduk Jepp

Jejaka Idaman hehehe

Shuib terkejut tengok apa la tu

Comel Anzalna kan?Mamat pon posing comel jugakkkk

Hahhh...apa Shahrol dengan Mamat interview Anzalna tu??





Jelajah Road Tour Sepah The Movie kita bersambung lak kat Dataran Pahlawan Melaka pada 3 November 2012 pada pukul 3pm-5pm. Kat sini pun crowd dia tak kurang hebat nya.. Havoc jugak dengan celoteh2 artis dengan peminat.. Kita layan gambar-gambar la k?

Suka kakak ni kena interview dengan Mamat

Ramai kan?TQ org Melaka!

Apa la mamat nak bagi tu?Hadiah lerrrrr

Hi-Rev punya bunting pun ada...Penaja Billboard Sepah The Movie

Dorang tunggu Anzalna ke ek?hehehe

Anzalna pun kena interview gak dengan Mamat
Jelajah Road Tour Sepah The Movie kita utk minggu yg lepas ni berakhir kat Plaza Angsana Johor pada 4 November 2012 pada pukul 2pm-4pm. Kat sini pun crowd dia agak gempak jugak!! Peminat-peminat dari Singapore pun ada yg turun sebab da dekat sangat.. Sporting kan??

Apa pun..jangan lupa 11 November 2012 ni road tour kat Jaya Jusco Bukit Raja Klang 4pm-6pm!! Info lanjut : http://sepahthemovie.blogspot.com/2012/10/road-tour-sepah-movie.html



1 comment: